Post by jamiemyn on Dec 2, 2005 18:27:53 GMT 8
[glow=red,2,300]a copy of the article i sent to Utusan Malaysia and Berita Harian :[/glow]
Kini, cetak rompak menjadi isu penting dalam perkembangan IT di negara kita Malaysia. Isu cetak rompak boleh menggugat perkembangan pembangunan perisian atau applikasi oleh pembangun tempatan. Hakikat yang kita semua pernah membeli VCD dan DVD cetak rompak sekurang-kurangnya sekali memang tidak dapat dinafikan. Ini mungkin berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak sabar untuk menonton sesuatu wayang di pawagam ataupun kerana harga DVD yang mahal di kedai-kedai. Beralih pula kepada album cetak rompak, hal ini jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan industri muzik negara.
Jika anda sering berkunjung ke Pasar Malam, Petaling Street dan sesetengah konpleks membeli-belah, sudah tentu anda telah membuka mata kepada penjualan CD cetak rompak di situ. Tanpa sebarang tindakan pihak berkuasa, bermaharajalelah lanun-lanun yang melanggar undang-undang negara. Artis-artis tanah air kita, terutamanya penyanyi, sering mengeluh kerana album mereka tidak laku di pasaran. Adakah benar desas-desus yang mengatakan kegiatan cetak rompak menjejaskan jualan album mereka? Atau, adakah mereka henya menggunakan alasan tersebut untuk menyembunyikan diri daripada masyarakat keupayaan sebenar mereka dalam industri muzik?
Sungguh menghairankan mengapa rakyat Malaysia memikir beberapa kali sebelum keputusan untuk membeli album artis mereka yang asli atau tidak. Sebaliknya, di pasar malam pula, album cetak rompak artis yang diminati mereka dibeli tanpa sebarang pemikiran. Inikan membeli beberapa album cetak rompak sekali gus, bukannya satu sahaja. Kita bukannya tidak akan mendapat manfaat dengan membeli album yang asli. Kualiti album yang asli adalah berganda kali lebih baik berbanding dengan album cetak rompak. Harga album cetak rompak yang murah memang menarik minat ramai untuk membelinya. Namun demikian, dapatkah lanun-lanun cetak rompak menjanjikan anda kualiti album tersebut? Andaikan kata album cetak rompak tersebut tidak bermutu baik dan sentiasa rosak dalam masa sebulan. Dalam masa enam bulan, jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli cd yang baru sudah mencukupi untuk membeli album yang asli dari awal lagi.
Sebelum membeli album cetak rompak, pernahkah anda berhenti dan berfikir akan kerja keras yang dilalui oleh artis kesayangan anda dalam penghasilan album tersebut? Jawapan anda tidak, bukan begitu ke? Dengan itu, habislah beribu-ribu ringgit yang dilaburkan untuk menghasilkan album mereka serta membuat promosi akan dibazirkan begitu sahaja. Musnahlah harapan artis anda yang album tersebut akan membawa pulangan yang baik. Hilanglah senyuman tauke syarikat rakaman yang melebar hingga ke telinga. Keluarlah keluhan yang tidak terhenti dari semua pihak syarikat rakaman. Sanggupkah anda melihat album artis kesayangan anda mencatat jualan yang begitu menyedihkan?? Segala masa yang dikorbankan dan segala titik peluh artis kesayangan kita akan tidak dihargai oleh sebahagian masyarakat kini biar sedikit pun. Untuk mendapatkan kembali modal yang dilaburkan amat memeritkan, inikan pula mengimpikan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada hasil jualan album mereka.
Isu album cetak rompak ini bukan sahaja telah menyedarkan saya tentang keburukan membeli album cetak rompak, tetapi juga beratus-ratus ahli kelab rasmi Daniel Lee yang d**enali sebagai ‘Pinkies’. Bergelar Juara Malaysian Idol musim kedua, Daniel Lee baru sahaja melancarkan album pertamanya baru-baru ini. Namun demikian, tidak sampai seminggu beliau telah melancarkan albumnya, album beliau sudah mula dijual di pasar malam dalam edisi cetak rompak. Mungkin kerana album beliau telah menawan selera ramai, lanun-lanun cetak rompak telah mengambil kesempatan tersebut untuk mendapat keuntungan. Hasil jualan album beliau yang telah mencapai 8000 ribu dalam 4 hari selepas pelancaran album beliau membuktikan beliau sememangnya berbakat dan boleh memajukan diri ke bidang muzik antarabangsa. Begitu juga dengan artis-artis tempatan yang lain. Jikalau orang ramai tidak membeli album cetak rompak, sudah tentulah jualan album artis-artis tempatan akan lebih laris.
Sedarlah bahawa kegiatan cetak rompak adalah salah di sisi undang-undang dan sesuatu kegiatan yang menjejaskan imej negara. Hal ini mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang negatif, tidak bermoral serta tidak mematuhi undang-undang negara. Di mana jua, kita seing melihat slogan ‘‘Malaysia maju ke arah Wawasan 2020’’. Pernahkah anda menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, bangsa, serta negara anda?? Inginkah anda menjadi seorang rakyat Malaysia yang bangga dengan diri anda hari ini dan bukannya malu dengan diri anda yang tidak pernah menyumbang walau sedikit pun?? Anda sememangnya boleh membantu negara dengan tidak membeli barangan cetak rompak, terutamanya album cetak rompak. Sokongan pembelilah yang merupakan sebab isu cetak rompak masih tidak dapat dilupuskan. Tanpa pembeli, kuranglah sambutan barangan cetak rompak.
Sekian, terima kasih.
Jamie.
Ahli kelab rasmi Daniel Lee.
www.daniel-lee.net