|
Post by ziggy on Oct 22, 2005 20:47:40 GMT 8
Just for you, here's the excerpt from the two page article in Media Hiburan (Hari Raya Special Edition), Ia lso posted this in BH:
DANIEL SUKA MAKAN KARI AYAM
Walaupun berlainan bangsa dan agama namun begitu Daniel, Juara MI2, yang berasal dari Changlun, Kedah tidak ketinggalan beraya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu. Setiap kali tibanya hari raya Daniel akan bersama rakan-rakannya berkujung ke rumah rakan-rakan yang beragama Islam.
"Di kampung saya memang majoriti penduduk di sana adalah orang Melayu. Lagipun bahasa perantaraan pertama saya dirumah pun bahasa Melayu jadi saya memang tak kekok dengan kebudayaan Melayu. Bila menjelang malam raya biasanya masa zaman kanak-kanak dahulu kami selalu main mercun dan bunga api bersama-sama. Memang seronok sangat waktu tu. Kalau boleh mamang saya nak kembali kepada zaman kanak-kanak dulu tetatpi apa nak buat saya dah dewasa sekarang.
Biasanya jiran saya di kampung akan bagi kuih raya kepada kami. Pada raya pertama saya dan keluarga akan ke rumah jiran Melayu bagi bersama-sama menyambut hari raya. Juadah raya yang paling saya gemari adalah kari ayam atau lembu dimakan bersama nasi impit atau lemang. Kuih raya pula saya suka makan kuih samprit". Jelas Daniel yang tidak sabar ingin pulang berhari raya bersama rakan-rakannya di kampung.
Pada hari raya tahun ini pula Daniel yang sibuk dengan pelbagai aktiviti nyanyian akan berkunjung ke rumah-rumah kawan Melayu dalam MI2.
|
|